70 Peratus Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Di KL, Selangor Pulih

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70% kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya, setakat 9.30 malam tadi.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, kerja pemulihan bekalan air di beberapa kawasan lain yang turut mengalami gangguan giat dijalankan secara berperingkat berikutan paip utama di Sungai Buloh pecah kelmarin.

“Bekalan air bantuan masih dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang memerlukan dan ia akan diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Pengguna juga dinasihat menggunakan air secara berhemat semasa pemulihan untuk mempercepatkan paras air kolam takungan mencapai tahap optimum.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status pemulihan, orang ramai boleh merujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.