Video: PKR Sarawak Tidak Lagi Relevan Selepas Adenan Jadi Ketua Menteri

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

 

 

KUCHING – Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Adenan Satem menerajui kerajaan negeri Sarawak menyebabkan parti dari Semenanjung, PKR tidak lagi relevan untuk terus bertapak di negeri Kenyalang itu.

 

Bekas Timbalan Ketua Cabang Petra Jaya, Idris Bohari, 54 berkata walaupun Adenan baru sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi banyak perkara telah dilakukan dalam tempoh dua tahun pentadbirannya.

 

 

“Sikap prihatin Ketua Menteri sekarang ini meletakkan PKR sebagai sebuah parti yang tidak lagi relavan di sini sebab sikap peduli kerajaan negeri membolehkan permasalahan-permasalahan rakyat di selesaikan.

 

“Dalam konteks PKR, sebagai sebuah parti daripada Semenanjung yang cuba bertapak di sini, dalam keadaan ini tidak bersesuaian lagi.

 

“Kita lihat Tok Nan (Adenan) mengambil tindakan yang cepat tentang menghapuskan tol, menurunkan cukai dan lain-lain. Itu menggembirakan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuching di sini.

 

Mengulas mengenai sasaran PKR yang yakin hanya mampu menang tiga kerusi DUN daripada 40 kerusi yang mereka tandingi, Idris berkata bekas partinya itu hanya mahu dilihat kuat dengan bertanding seberapa banyak kerusi yang boleh.

 

Bagaimanapun kata Idris, PKR bukan sahaja gagal menampilkan calon-calon yang berwibawa, malah perebutan kerusi dengan rakan sekutunya DAP telah menyebabkan Barisan Nasional menang tanpa bertanding di dua kerusi iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.

 

“Saya nampak PKR mahu dilhat sebagai satu parti yang kuat tetapi gagal menampilkan calon-calon yang kredibaliti, yang mampu menang.

 

“Hanya mahu mengisi kerana tidak mahu Barisan Nasional menang tanpa bertanding. Akhirnya perebutan antara PKR dan DAP menyebabkan BN menang tanpa bertanding di dua kerusi.

 

“Kalau PKR kata hanya yakin mampu memang di tiga kerusi, itu membuktikan mereka sudah lagi tidak relevan, tidak dapat menampilkan pemimpin-pemimpin yang berkelayakkan,” ujarnya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.