Video: ‘Dulu Kedai Itu Memang Sial, Jin Dia Besar Lori’

KUCHING – Pemilik restoran ‘Kopi O Corner’ di Jalan Satok Kuching, Datuk Mohd Kefli Ahmad berkata, beliau pernah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan ketika mula membangunkan perniagaannya sebelum berjaya mencapai tahap seperti sekarang ini.

 

Menurutnya, rata-rata kenalannya sebelum ini menasihati beliau agar tidak membuka kedai makan di kawasan tersebut kerana ramai peniaga sebelum ini terpaksa ‘gulung tikar’ disebabkan kekurangan pelanggan.

 

“Kalau jumpa kawan pun kawan nasihat lebih baik jangan ambil, kedai itu jin dia besar lori.

 

“Kedai ini (dulu) memang sial, tak ada Feng Shui memang tak ada rezeki dan memang ramai orang keluar masuk,” katanya ketika di temubual oleh SuaraTV.

 

Tambah beliau lagi, tidak ada seorang pun kawannya yang memberikan sokongan terhadapnya ketika membangunkan perniagaan sehingga beliau terpaksa tinggal di kedai tersebut bagi mengelakkan beliau mengalami kerugian serta meminjam wang untuk membeli kelengkapan kedainya.

 

“Sewa rumah pada ketika itu RM400 sebulan, dan saya bincang dengan dia (Datin), kita nak selamat RM400 itu kita pindah ke kedai.

 

“Kita tidur di atas alas tikar sahaja, awal pagi dah gulung, takut orang nampak pura-pura ada rumah tapi mana ada dan dari mana sumber kewangan nak tambah alat kelengkapan, mahu tak mahu kita pinjam money lender, tapi sekarang saya nasihatkan janganlah,” ujarnya ketika mengimbau kembali cabaran yang pernah dilalui sebelum ini.

 

Penat lelah dan segala cabaran yang dilalui itu bagaimanapun berbaloi apabila Kopi O Corner yang diusahakan bersama isterinya itu kini menjadi tumpuan ramai pengunjung yang datang menjamu selera.

 

Beliau kini berjaya memiliki empat lot kedai di bangunan tersebut dan bakal membuka ‘hotel budget’ dalam masa terdekat.

 

“Orang cakap bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Alhamdulillah saya rasa bersyukur, memang berbaloi pasal saya rasa cukup-cukup puas, kesusahan saya lalui bersama, terlalui besar terlalu berharga bagi saya,” katanya. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.