Video: Belioo Bukskers ‘Sejukkan’ Bahang Pilihan Raya Sarawak

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

 

 

KUCHING – Kehadiran kumpulan Belioo Busker yang menghiburkan para pengunjung di restoran ‘Kopi O Corner’ dilihat berjaya “menyejukkan” seketika bahang di Bumi Kenyalang yang sedang hangat dengan suasana kempen dan ceramah sempena pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

 

Tinjauan yang dilakukan mendapati, hampir setiap malam restoran yang terletak di Jalan Satok itu dipenuhi ribuan pengunjung terutamanya para petugas jentera pilihanraya dari parti-parti yang bertanding.

 

Paling menarik ada di kalangan pengunjung yang berbeza ideologi politik turut dilihat duduk semeja untuk menikmati juadah makan malam sambil mendengar alunan muzik yang dimainkan setelah seharian penat berkempen.

 

Malah ada dikalangan pengunjung yang turut sama menari apabila lagu pilihan mereka dipersembahan, tidak ketinggalan ada yang turut tampil menyanyikan sendiri lagu tersebut.

 

 

Sementara itu menurut ketua kumpulan Belioo Busker, Mohd Fakaruddin Daud atau lebih mesra dengan panggilan Bob, antara keunikan yang cuba mereka tonjolkan ialah gabungan alat muzik serta bilangan ahli yang ramai dari pelbagai latarbelakang.

 

“Buat masa ni kami busking kat sini tapi sebelum ini main di ‘Waterfront’ atau mana-mana tempat terbuka yang menjadi tumpuan orang ramai, kumpulan Belioo Buskers ini ditubuhkan pada tahun 2013 dah hampir 3 tahun dan  mempunyai ahli seramai 11 orang.

 

“Sebelum ini ada ahli kumpulan kami yang bergerak secara solo sebagai contoh rakan saya yang bermain saxophon,  jadi saya jemput untuk menyertai kumpulan kami untuk kembangkan bakat mereka.

 

“Itu yang menyebabkan kami antara kumpulan yang paling unik kerana rasa saya belum ada lagi kumpulan buskers yang bermain saxophone, violin dan accordian,” katanya ketika ditemui SuaraTV baru-baru ini.

 

Menurut Bob disebabkan minat dan hobi kepada muzik mereka tidak begitu mementingkan pendapatan yang diperolehi asalkan orang ramai terhibur dengan persembahan yang ditonjolkan.

 

“Kami tak kisah sangat pasal pendapatan sebab bermain muzik ini lebih kepada hobi kerana rata-rata (ahli kumpulan) mempunyai pekerjaan tetap pada sebelah siang.

 

“Malah ada masih belajar muzik, jadi kumpulan ini lebih kepada pendedahan kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman.

 

Bob berkata, antara pendekatkan Belioo Busker ialah mempersembahkan pelbagai genre lagu bagi memenuhi selera para pengunjung.

 

Kepada mereka yang berminat untuk menjemput Belioo Busker membuat persembahan, boleh menghubungi mereka di talian 014-9944507, 012-8491484 atau ‘Like’ di Facebook Belio Buskers. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.