DAP Akui BN Bakal Bentuk Kerajaan Negeri Sarawak

KANOWIT – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengesahan daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menunjukkan bahawa DAP mengakui rakyat memberi sokongan padu kepada BN.

 

Beliau berkata, Kit Siang percaya bahawa Barisan Nasional (BN) sekali lagi akan membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri 7 Mei ini dan ia seharusnya menjadi motivasi bagi rakyat Sarawak untuk memilih semua calon BN.

 

“Ia tidak harus disia-siakan untuk memberikan undian kepada calon pembangkang atau calon Bebas.

 

“Mengapa beri undi kepada parti politik atau kumpulan serpihan yang tidak boleh membentuk kerajaan?, ” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuil Fung Chin Kung di Pedai, petang tadi.

 

Menurutnya, DAP dan sekutunya PKR mempunyai pertindihan sekurang-kurangnya enam kerusi dalam peruntukan agihan kerusi pada pilihan raya tersebut.

 

Katanya, pembangkang berjuang demi kepentingan parti sendiri dan pastinya mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan kuat dan stabil.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.