USM, UM Tersenarai 50 Terbaik Dunia

SHAH ALAM – Universiti di Malaysia lebih kompetitif dalam penarafan dunia Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking dari segi subjek tahun ini, dengan 2 universiti tempatan tersenarai dalam 50 terbaik dunia bagi 2 daripada 36 subjek yang dikira, berbanding hanya satu tahun lepas.

 

Universiti Malaya (UM) kini diiktiraf di tempat ke-32 dalam senarai 50 terbaik bagi subjek Kajian Pembangunan, subjek yang disenaraikan buat kali pertama tahun ini, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) susut 3 anak tangga ke tempat ke-31 bagi subjek Sains Alam Sekitar.

 

Penarafan bagi subjek itu juga termasuk 10 universiti tempatan. Antara 200 terbaik di peringkat dunia, lapan universiti Malaysia tersenarai untuk 23 subjek.

 

Mereka ialah UM (23 subjek), Universiti Putra Malaysia (UPM) (19), USM (18), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (16), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (10), Universiti Teknologi Petronas (4), Universiti Teknologi Mara (3), Universiti Multimedia (2), Universiti Tun Hussein Onn (1) dan Universiti Utara Malaysia (1).
Lima universiti di Malaysia juga termasuk dalam senarai 100 disiplin pengajian terbaik, dengan UM sekali lagi mendahului dengan 7 subjek, diikuti USM (6), UKM (2), UTM (2) dan UPM (1).

 

graphic-msia-univ-top-by-subject-kamarul

 

UM tersenarai dalam 100 terbaik bagi mata pelajaran Pengajian Pembangunan, Mekanikal, Kejuruteraan Aeronautik dan Pembuatan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Linguistik, Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dan Seni Bina/Bangunan Alam Sekitar.

 

USM disenaraikan dalam 100 terbaik dunia bagi subjek Sains Alam Sekitar, Kejuruteraan Kimia, Mekanikal, Kejuruteraan Aeronautik dan Pembuatan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kajian Pembangunan, Seni Bina/Bangunan Alam Sekitar.

 

UPM juga termasuk dalam 100 terbaik bagi Pertanian & Perhutanan, sementara UTM dalam 100 terbaik bagi Kejuruteraan Kimia dan Seni Bina/Bangunan Alam Sekitar.

 

Antara yang 150 terbaik, UTM tersenarai bagi subjek Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Awam dan Struktur.

 

“Ada turun dan naiknya untuk Malaysia tahun ini dalam QS World University Ranking mengikut subjek,” kata ketua penyelidik QS Ben Sowter dalam satu kenyataan.

 

“Sementara sebahagian subjek turun penarafannya, bilangan institusi Malaysia yang diwakili meningkat daripada 6 kepada 10, dengan kedudukan kukuh bagi beberapa subjek yang baru diperkenalkan seperti Seni Bina dan Pengajian Pembangunan, di mana dalam setiap satunya, 3 institusi Malaysia muncul dalam 100 teratas.”

 

Dalam reaksi segera, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mengalu-alukan keputusan baik itu, mengatakan jabatan pengajian yang terlibat dalam penarafan itu perlu digalakkan terus memperbaiki kedudukan.

 

“Bagaimanapun, kita perlu melihat trend jangka panjangnya bagi mempunyai lebih keyakinan yang universiti awam kita sedang berada pada trend meningkat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 

“Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh mengambil secara serius hanya satu penarafan, kita perlu mengambil kira pelbagai kedudukan di luar sana untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruh mengenai prestasi universiti kita.”

 

Beliau juga mengingatkan Putrajaya tidak menggunakan penarafan QS sebagai bukti yang universiti Malaysia bertaraf dunia.

 

“Perjalanannya masih panjang, dan menteri pendidikan kita perlu realistik tentang status semasa kita.”

 

QS World University Ranking itu secara keseluruhannya terus diungguli universiti dari United Kingdom atau Amerika Syarikat, dengan ETH Zurich (Swiss Federal Institute of Technology) di Switzerland berada di kedudukan pertama bagi subjek Sains Bumi dan Marin dan ke-5 bagi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

 

Begitu juga, Karolinska Institute di Sweden disenaraikan pertama di dunia bagi subjek Pergigian, sementara Delft University of Technology di Belanda berada di kedudukan ke-2 untuk Kejuruteraan Awam dan Struktur dan ke-3 untuk Seni Bina / Bangunan Alam Sekitar. – AntaraPos/M.Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.