MB Perak Bidas Kenyataan Wan Azizah Arah Wakil Untuk Jaga Kawasan

Permatang Pauh -Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dilihat mahu ‘lepas tangan’ dengan menyerahkan tugas menguruskan kebajikan rakyat di kawasannya kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

 

Menurut Zambry sebagai seorang wakil yang dipilih rakyat, Wan Azizah seharusnya menunaikan tanggungjawab dengan menjaga kebajikan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan bukannya mengarahkan orang lain.

 

“Ini bukan soal boleh mengarahkan siapa, seorang wakil rakyat yang dilantik di kawasan berkenaan (sepatutnya) menjadi tanggungjawab bagi wakil rakyat berkenaan menjaga kawasannya.

 

“Kalau macam itu saya juga boleh memberi upah atau suruh sesiapa untuk menjaga di kawasan, boleh tapi dimasa yang sama ia (merupakan) tanggungjawab kita di kawasan berkenaan adalah sangat penting,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra di Pusat Daerah Mengundi Cross Street Bukit Mertajam lewat malam tadi.

 

Terdahulu Wan Azizah yang menjadi calon PRK Permatang Pauh dilaporkan memberi jaminan mampu menguruskan dua kawasan di negeri berbeza jika menang pada 7 Mei ini.

 

Menurutnya sebagai Presiden PKR beliau akan mengarahkan Azmin Ali yang juga timbalannya untuk menguruskan kebajikan rakyat di Kajang jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

 

Mengulas lanjut Menteri Besar Perak itu berkata, apabila rakyat memberikan undi kepada mana-mana parti politik atau individu dalam pilihan raya, mereka sudah pasti mengharapkan wakil mereka

 

“Ini kerana rakyat memilih parti atau individu berkenaan dalam konteks politik.

 

“Sudah tentu mereka mahukan wakil rakyat tersebut sentiasa bersama dengan mereka” ujarnya lagi.

 

 

 

 LAPORAN VIDEO MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.