Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Buat Pusingan U, Bantu Jentera PKR

KEPALA BATAS – Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang membuat pusingan U apabila menyatakan kesediaan bekerjasama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

 

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah, berkata tindakan itu dilakukan selepas bermesyuarat dengan wakil Dewan Pemuda PAS Pusat di Markas PAS Alor Pongsu Seribu, semalam.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih tetap mendesak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang untuk menarik balik kenyataan berhubung Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hudud.

 

“Ini bukan gimik PRK, tapi kami hanya mahu mempertahankan kemenangan pakatan di Parlimen Permatang Pauh.

 

“Selepas ini, kami juga akan menggerakkan Pemuda PAS negeri untuk membantu jentera PKR, sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar berhubung ketetapan terkini DPP Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi. – BHarian

One thought on “Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Buat Pusingan U, Bantu Jentera PKR

  • April 29, 2015 at 12:55 pm
    Permalink

    Spineless gits the whole lot of them.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.