Amalan Raja Bomoh Sesat, Kata Mufti Perak

IPOH – Ajaran Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang pernah menggemparkan umat Islam negara ini dengan pelbagai upacara pelik bakal diwartakan sesat serta haram di Perak selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapati amalan dibawa individu berkenaan sebagai terpesong dari agama.

 

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara itu serta memberitahu mesyuarat diadakan semalam memutuskan perkara berkenaan dan pihaknya dalam proses mewartakannya.

 

(Baca : “Raja Bomoh Cabar Mufti Perak Buktikan, Ritual Yang Dilakukan Sesat Dan Khurafat“)

 

Menurut Harussani, bila ia diwartakan belum diketahui kerana ia membabitkan beberapa lagi proses seperti mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

“Ia betul, Raja Bomoh bakal diwartakan sebagai haram serta sesat selepas kami mendapati ajaran dibawanya terpesong dari agama, namun belum diwartakan kerana ia masih dalam proses pewartaan.

 

“Mesyuarat diadakan dan memutuskan perkara itu. Kami sekarang hanya menunggu proses seterusnya sebelum mewartakannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.