Video: Nazri Label Rafidah ‘Makcik Tua Meroyan Kuat Sangat’

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz hari ini melabelkan bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz sebagai “makcik tua yang meroyan kuat sangat”.

“Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah.

“Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok Shahrizat ni.

“Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah,” kata Nazri.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan pameran “Peking Man in Malaysia: Zhoukoudian Heritage Site” di Muzium Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.