Gambar Gadis Ini Viral, Dulu Gemuk & Digelar ‘Babi’, Kini Berubah Drastik

Gadis ini, Abigail Viana Jabel menjadi viral selepas gambar-gambarnya tersebar di media sosial. Dia menjadi terkenal kerana bentuk badannya dari gemuk hingga digelar babi hinggalah mengalami perubahan drastik.

Abigail  memuat naik kisahnya melalui akaun Facebook, dua hari lepas.

Gadis yang berasal dari Valenzuela, Filipina ini pernah mempunyai saiz badan yang gemuk hingga menjadikannya sebagai bahan buli ramai.

Penampilan Abigail Viana Jabel sebelumnya

Dia mengakui sering dipanggil dengan nama ‘lemak’, ‘gendut’, ‘paus’, ‘hodoh’ hingga ke perkataan ‘babi’.

Bukan itu sahaja, dia sering dinasihatkan supaya diet agar teman lelakinya tidak meninggalkan dia.

 

Namun Abigail tidak mempedulikan kata-kata nista itu sebaliknya dia menganggap ia sebagai jenaka sahaja.

Bagaimanapun pada satu hari selepas melihat dirinya dalam cermin, Abigail menyedari sesuatu.

 

Abigail sering di-bully karena penampilannya

Dia akhirnya memutuskan untuk mengubah penampilannya tapi proses kurangkan berat badan tidak mudah bagi Abigail.

Orang sekelilingnya pula tidak memberikan sokongan. Tapi mereka terkejut apabila Abigail mampu melakukannya dan menjadi kurus.

Penampilan Abigail Viana Jabel sekarang

Abigail mendedahkan beratnya kini mencapai berat 58kg. Penampilannya membuat ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dia melakukannya. Abigail mendedahkan dia tidak makan nasi.

Rupa-rupanya, terdapat beberapa rahsia yang menjadi kunci kejayaan Abigail menurunkan berat badannya.

“Tidak mengambil gula, soda, daging mereh, tak ada hari tipu, makan lebih banyak sayur-sayuran, minum lebih banyak air dan mempunyai lebih banyak motovasi dan tujuan,” tulisnya.

Abigail mengaku dia melakukan diet bukan untuk orang lain, tapi untuk dirinya sendiri.

Dia juga menulis mengenai kisahnya itu bukan kerana ingin menunjuk sebaliknya ingin memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang mengalami perkara sama.

Abigail membagikan rahasianya dalam menurunkan berat badan

“Jangan ketawa pada orang gemuk, tetapi tolonglah mereka menjadi sihat,” tulisnya.

Abigail menyedari tipsnya boleh memberi kesan yang berbeza untuk semua orang.

Untuk itu, pada akhir muat naiknya, Abigail menasihatkan supaya jangan kurang makan, tetapi mengurangkan kalori yang dimakan.

Kisah Abigail ini jadi viral dan sudah dikongsi lebih dari 17 ribu kali.

Banyak netizen mengaku takjub dan terkejut  dengan transformasi Abigail.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.