Video : Tuduhan ‘Jahat’ Calon PPBM Kata Najib Tak Habis Belajar – SU Umno Pekan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Umno Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib menyifatkan kenyataan yang dibuat calon Parti Pribumi Bersatu (PPBM) sebagai tidak benar.

Azmey menjawab tuduhan itu selepas Datuk Abdul Rahman Mohd Nor mahu mencalonkan diri dan bertanding di pekan selepas mencabar perdana menteri dan membuat tuduhan palsu yang tidak berasas.

“Saya nak menjawab tuduhan bagi tuduhan yang nampak sangat bohong ni. Kalau nak bertanding awal-awal lagi dah nak membohongi saya tak boleh nak terimalah sebagai pemimpin,”katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman Youtube sebentar tadi.

Beliau berkata, satu perkara yang dibohongi Rahman apabila menuduh Najib tidak habis belajar.

“Ini saya tidak boleh terima. Saya nak jelaskan di sini kenyataan itu seratus peratus adalah bohong. Semasa saya berkhidmat di London, Datuk Najib ada datang sebagai alumni di Universiti Nottingham, takkan dia dapat pergi majlis itu sekiranya dia tidak tamat belajar?,”katanya.

Tambahnya, pihak Universiti telah memberikan penganugerahan itu kepada Najib dalam bidang ekonomi dan menamatkannya.

“Kemudiannya selepas menjadi graduan, dia telah ditawarkan bekerja dengan Petronas

“Saya ikut beliau (Najib) masa lawatan Alumni di Nottingham sebagai mengiringi Menteri Pertahanan (Najib) waktu itu.

“Pada waktu itu, beliau ada program lain dan ini adalah salah satu programnya semasa membuat lawatan ke sana,”katanya.

Terdahulu, Abdul Rahman secara terang-terang menegaskan bahawa beliau akan melawan Najib dalam pilihan raya akan datang.

Beliau merupakan anak Pekan, berusia 69 tahun.

Dalam sebuah video yang disiarkan di You Tube pada 21 Mac lalu, Abdul Rahman yang berpakaian segak berkata beliau adalah ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Pekan dan berharap akan terpilih sebagai calon bagi kerusi itu.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata beliau menyertai perkhidmatan awam selepas mendapat ijazah Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1972, dan bersara pada 2004.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.