Video: Ku Li Nafi Terlibat Mahu Jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR –  Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan tidak terbabit dengan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

 

Menafikan dirinya mengetuai gerakan menyokongnya menjadi Perdana Menteri seperti yang disebarkan di media sosial, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, sudah tua untuknya menjadi Perdana Menteri.

 

 

“Saya tidak tahu mengenai surat itu, saya tidak melihatnya hanya mengetahuinya semalam (hari ini) melalui media sosial,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Langgak Golf di sini, hari ini.

 

Tengku Razaleigh juga menafikan beliau menyokong gerakan deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad-Lim Kit Siang.

 

Justeru katanya tidak timbul isu beliau berpaling tadah apabila menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan bersama 13 lagi Ketua UMNO bahagian menyokong kepemimpinan Najib.

 

“Saya ahli UMNO, dan juga Ketua Bahagian dan boleh menandatangani apa saja dokumen, jangan salah faham kerana saya tidak berada bersama kumpulan lain selain UMNO,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.