Pegawai Polis Kritikal Kemaluan Kena Gigit Lelaki Mabuk

COLOMBO – Seorang pegawai polis Sri Lanka kritikal apabila kemaluannya digigit seorang lelaki yang cuba ditahan kerana berkelahi ketika mabuk.

 

Sub-inspektor yang tidak dikenali itu cuba meleraikan pergaduhan di sebuah resort pantai 70 kilometer di selatan Colombo pada malam Ahad apabila lelaki itu menggigitnya di seluar.

 

“Pegawai itu kini di unit rawatan rapi. Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk menyambung semula bahagian yang digigit,” kata seorang pegawai kanan di kawasan itu kepada AFP.

 

“Difahamkan suspek mabuk ketika itu, tetapi kini sudah ditahan dan akan didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah kepada seorang pegawai polis.” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.