KDN keluar hampir 700,000 sijil warganegara

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengeluarkan Sijil Warganegara kepada 688,766 warga asing sejak negara merdeka sehingga 31 Januari lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu rakyat tiga negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301).

 

Kementerian itu menjawab soalan Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah ditarik balik kerakyatan.

 

Menurut kementerian itu, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah 10,828 orang. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.