Warga Singapura Sertai Majlis Pengebumian Lee Kuan Yew

Singapuyra – Warga Singapura hari ini mula beratur di sepanjang laluan 15 kilometer di tengah-tengah bandar raya ini untuk menyaksikan majlis pengebumian bekas perdana menteri negara itu, Lee Kuan Yew.

 

Sepanjang minggu berkabung selepas kematian Kuan Yew pada usia 91 tahun Isnin lalu, lebih 450,000 orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan terakhir di Bangunan Parlimen. Lebih sejuta orang mengunjungi ruang penghormatan khas yang disediakan di dewan orang ramai di seluruh negara.

 

Orang ramai mula membanjiri laluan yang akan dilalui perarakan kenderaan membawa keranda Kuan Yew menjelang tengah hari nanti.

 

Dalam pada itu, berpuluh-puluh ketua-ketua kerajaan juga dijangka hadir pada majlis pengebumian itu.

 

Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri selama lebih 30 tahun hingga 1991 menerusi dasar pentadbiran yang agak keras tetapi majoriti warga Singapura menganggap mendiang sebagai bapa pemodenan dan kemajuan negara pulau itu. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.