Video: Dua Anggota IS Warga Iraq Ditahan Di KL – KPN

Kuala Lumpur – Polis menahan dua warga Iraq, yang dipercayai merupakan anggota kumpulan militan IS, disyaki membuat ancaman bunuh terhadap duta Arab Saudi dan Qatar yang berpangkalan di ibu negara.

 

Dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 39 dan 42 tahun ditahan pada Khamis lalu, lapor Bernama.

 

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal mendedahkan suspek memasuki negara ini secara haram.

 

“Mereka ditahan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur oleh Pasukan Petugas Khas (Operasi/Pencegah Keganasan) Bukit Aman dan ditahan untuk siasatan lanjut.

 

“Siasatan awal mendapati mereka telah dihantar oleh IS untuk melakukan sesuatu di sini, yang boleh mendedahkan ancaman kepada negara,” katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.