Rakaman Lelaki Onani Di Hentian Bas, Tersebar Di Laman Sosial

Kuala Lumpur – Tindakan seorang lelaki yang melakukan onani di hentian bas dirakam oleh seorang wanita dan menjadi viral melalui laman sosial Facebook sejak semalam.

 

Menurut beberapa komen daripada pengguna Facebook, perbuatan lelaki yang disifatkan sebagai gila seks itu berlaku di Shah Alam.

 

Rakaman yang dimuat naik itu kemudianya dipadamkan tidak lama kemudian kerana melanggar polisi yang ditetapkan oleh Facebook.

 

Sementara itu, menurut Pakar Psikologi, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor individu yang melakukan perkara sedemikian adalah di bawah separuh sedar.

 

Menurutnya tindakan tersebut disebabkan ketagihan seks yang melampau sehingga sanggup melakukan perbuatan onani tanpa menghiraukan pandangan orang ramai dianggap perilaku yang pelik di luar kebiasaan norma kehidupan masyarakat normal.

 

“Tindakan itu adalah separuh sedar, dia tahu ada orang di sekeliling akan nampak perbuatannya tetapi dia terpaksa lakukan.

 

“Ini kerana dia tidak boleh tahan dan terpaksa buat dengan cara sendiri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penyebaran sebuah video seorang lelaki melakukan perbuatan tersebut di sebuah perhentian bas, yang tersebar di laman Facebook, memetik laporan portal Rakyat Post.

 

Namun katanya, individu itu tidak boleh dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah mental kerana tindakan itu menunjukkan individu berkenaan tidak melakukan apa-apa tindakan yang menunjukkan dia mempunyai masalah mental.

 

“Kita tidak boleh kata dia ada penyakit mental kerana kalau dia sakit mental dia akan rogol orang lain di tempat awam. Kalau orang gila, dia tidak akan buat perkara itu,” jelasnya.

 

Ujar Dr Mariani, tindakan itu disebabkan oleh beberapa faktor persekitaran yang boleh mendorong perbuatan itu antaranya kesan menonton video lucah.

 

Namun katanya, beliau tidak boleh menyatakan secara spesifik punca kejadian itu selagi beliau belum bertemu dengan dengan pelaku berkenaan.

 

“Dia mungkin sering menonton video seks tetapi saya tidak boleh kata ya kerana saya tidak berapa jelas dengan situasi itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.