Pemilik Syarikat Limosin Maut Dalam Nahas Dekat Gua Tempurung

Ipoh – Seorang pemilik sebuah syarikat kereta limosin di Kuala Lumpur meninggal dunia apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli yang ditunggangnya dilapor melanggar belakang sebuah kereta lain, awal pagi tadi.

 

Kejadian berlaku di Kilometer 300.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung kira-kira jam 3.25 pagi.

 

Mangsa dikenali sebagai Zainal Abidin Omar, 45, yang meninggal di tempat kejadian.

 

Difahamkan mangsa tercampak di tengah jalan lalu digilis beberapa kenderaan lain.

 

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata anak mangsa Zikry Haziq Daniel, 16, yang membonceng mangsa mengalami cedera ringan.

 

Kedua-dua beranak ini dalam perjalanan ke Taiping untuk menziarah bapa Zainal Abidin yang sakit di hospital.

 

Pemandu kereta itu yang berumur 61 tahun tidak mengalami kecederaan.

 

Sementara itu dalam kes berasingan, penumpang hadapan sebuah kereta, Chee Kang, 31, maut apabila kenderaan yang dinaikinya melanggar belakang sebuah lori kira-kira pukul 5.50 pagi tadi di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran Kampar.

 

Mangsa bersama pemandu kereta itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari arah Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.