Video: Jual Dadah Kerana Wang Hantaran Mahal

Kulim – Seorang pekerja kilang memberi alasan memiliki dadah bagi dijual kerana tidak mampu menyediakan wang hantaran untuk majlis perkahwinannya pada Ahad.

 

Pemuda berusia 22 tahun ini ditahan sepasukan anggota polis Kulim di Jalan Tunku Mohd Asaad di sini pada pukul 1 pagi Sabtu setelah memiliki 12.81 gram syabu di satu sekatan jalan raya.

 

 

Dalam kejadian kejadian itu pihak polis dikatakan curiga dengan nombor pendaftaran motosikal suspek, sebelum mengarahkannya untuk berhenti.

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata, suspek yang menunggang motosikal didapati cuba mengelak sekatan itu menyebabkan pihak polis mengejarnya dan berjaya menahannya lebih 200 meter dari situ.

 

Beliau berkata, dadah tersebut ditemui dalam kasut dan poket seluar suspek yang juga seorang penagih.

 

Suspek kemudiannya memberitahu polis pihak pengantin perempuan meminta wang hantaran RM8,300, katanya.

 

Nampaknya hasrat pemuda ini untuk naik pelamin tidak kesampaian apabila dia direman sehingga Rabu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.