Kontrak SIC Anjur F1 Dilanjut Hingga 2018 – PM

Sepang – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, kontrak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menganjurkan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 2018.

 

Perdana Menteri membuat pengumuman itu kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia 2015 di sini hari ini.

 

Selain itu, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) turut disahkan sebagai penaja utama acara perlumbaan berprestij itu bagi tempoh tiga tahun akan datang.

 

Petronas tidak pernah gagal menjadi antara peneraju utama GP Malaysia sejak kali pertama perlumbaan itu dianjurkan pada 1999.

 

Pengesahan mengenai lanjutan kontrak itu ditandatangani kedua-dua pihak – SIC dan Formula One Management sejurus perlumbaan berakhir.

 

Teka-teki sama ada penganjuran GP Malaysia sentiasa menjadi bahan berita utama akhbar-akhbar di Malaysia malah khabar angin ia tidak disambung juga turut timbul.

 

Berikut kedudukan kategori pemandu dan pengeluar perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini.

 

 

Kedudukan pemandu

1 Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG PETRONAS, 43 mata

2 Sebastian Vettel (GER) Ferrari, 40mt

3 Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG PETRONAS, 33mt

4 Felipe Massa (BRA) Williams, 20mt

5 Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari, 20mt

6 Felipe Nasr (BRA) Sauber, 10mt

7 Valtteri Bottas (FIN) Williams, 10mt

8 Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull, 9mt

9 Nico Hulkenberg (GER) Force India, 6mt

10 Max Verstappen (NED) Toro Rosso, 6mt

11 Carlos Sainz (ESP) Toro Rosso, 6mt

12 Marcus Ericsson (SWE) Sauber, 4mt

13 Daniil Kvyat (RUS) Red Bull, 2mt

14 Sergio Perez (MEX) Force India, 1mt

 

 

Kedudukan pengeluar

1 Mercedes, 76 mata

2 Ferrari, 52mt

3 Williams, 30mt

4 Sauber, 14mt

5 Toro Rosso, 12mt

6 Red Bull, 11mt

7 Force India, 7mt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.