Band Metal British Carcass, Hina Bendera Malaysia

Kuala Lumpur – Tindakan band metal British Carcass memuat naik gambar bendera Malaysia secara terbalik di Internet mengundang kemarahan balas pengguna media sosial, terutamanya rakyat negara ini.

 

Mereka rata-rata tidak dapat menerima tindakan itu walaupun band Liverpool itu mungkin bertujuan menyatakan kemarahannya kepada kerajaan Malaysia kerana tidak memberikan mereka visa bagi membolehkan membuat persembahan di sini.

 

Tidak kurang juga yang memaki keras Carcass, termasuk melontarkan kata carut-marut.

 

“Band Sampah. Metallica pernah kibarkan jalur gemilang.

 

“Linkin Park pernah melaungkan ‘Malaysia Boleh’. Band ini dan pengikut-pengikutnya boleh pergi mati jadi bangkai,” kata Firdaus Azahar.

 

Carcass sebelum ini memuat naik gambar bendera Malaysia terbalik itu selepas pihak berkuasa negara ini dikatakan tidak membenarkan mereka membuat persembahan dalam sebuah acara di sini.

 

“Maaf Malaysia, tiada persembahan untuk kamu pada Mei. Nampaknya pegawai-pegawai kerajaan kamu masih tidak kemas kini kalendar mereka untuk abad ke-21 – visa kami ditolak atas alasan kandungan lirik. Menggelikan hati dan memalukan.

 

“Telefon kami bila kamu sudah jadi negara sekular. PS: Jika kamu baca ini maksudnya kamu sudah terlambat, kami sudah berjaya ‘rosakkan’ anak muda kamu dan sudah membuat persembahan di Kuching tahun lepas,” tulis band itu di Facebook pada Jumaat.

 

Berikut antara reaksi lain di status Facebook kontroversi mereka itu:

 

Hafiz Hamidun Apa masalahnya dengan bendera. Maaf, tak hormat pada kamu juga. Aku gembira kamu tidak buat persembahan di sini.

 

Dimitris Damilos Saya bukan rakyat Malaysia tetapi nampaknya kami salahkan rakyat berbanding undang-undang kerajaan di situ. Secara jujurnya, perkara ini agak menjengkelkan bagi peminat anda. Sebelum beri jawapan bodoh, baca dulu tentang kerajaan Malaysia dan strukturnya dan kamu akan faham. Orang bodoh tetap bodoh tidak kira di negara apa pun.

 

Palo Pengat Kami rockers-rockers bersatu memboikot band ini. sial punya budak!

 

Daniel Henry Aku tidak tahu kumpulan ini. Aku juga tidak suka ahli politik negara ini. Tetapi terbalikkan bendera negara aku amat kurang ajar!

 

Kenny Luang Jangan keliru. Malaysia ada dua bahagian. Yang kamu tahu Malaysia Barat atau semenanjung

 

Malaysia. Satu lagi Borneo atau Kuching, Sarawak, yang dikenali senagai Malaysia Timur. Kerajaan negeri di timur sangat berfikiran terbuka terhadap band asing yang membuat persembahan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.