Akta Anti-Keganasan Dibentang Pada April

Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) akan dibentangkan antara 6 hingga 9 April depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

 

Di samping itu, lima lagi akta akan turut dipinda, termasuk Kanun Keseksaan, katanya ketika mempengerusikan mesyuarat agung Malaysian Crime Prevention Federation (MCFP) hari ini.

 

Katanya, akta anti-keganasan yang akan diperkenal tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini.

 

Bawah akta baru itu, kuasa penahanan tidak tertakluk bawah bidang kuasa menteri.

 

“Undang-undang ini berbeza dengan ISA, tidak seperti didakwa beberapa peguam hak asasi manusia.

 

“Kuasa eksekutif untuk menahan tidak berada di tangan menteri tetapi agensi pencegahan jenayah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.