Warga Emas Hilang, Tidak Ditemui

Kuala Lumpur – Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu masih gagal dikesan sehingga kini.

 

Mangsa yang dikenali sebagai Ali Ismail tinggal di Taman Medan hilang setelah keluar dari rumah selepas mengerjakan solat Jumaat.

 

Menurut anak mangsa Hisham Ali ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, ketika keluar dari rumah ayahnya yang menghidapi penyakit mudah lupa itu tidak membawa sebarang ubat dan ia membimbangkan keluarganya.

 

“Ayah saya kadang-kadang pelupa sedikit dan dia ada penyakit seperti gaut, kencing manis dan banyak lagi… Itu yang saya risau dia tak bawa ubat dia dan tongkat dia.” katanya dengan nada sedih.

 

Laporan polis dibuat pada hari Sabtu jam 12.34 pagi lalu oleh isteri mangsa, Bidah Hanafiah.

 

Sebarang maklumat boleh  dimaklumankan kepada anak beliau Hisham di talian 019-2557246 atau isterinya 019-2513574. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.