Video: Tun Mahathir Umum Keluar UMNO

Putrajaya – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad sebentar tadi mengumumkan keluar daripada UMNO.

 

Tun Mahathir ketika mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, disini petang tadi berkata, parti itu ketika ini hanya mahu mempertahankan Najib sebagai presidennya.

 

“Dengan ini saya ingin maklumkan bahawa saya dan isteri tidak lagi menjadi ahli Umno kerana Umno sebagai parti politik tidak lagi wujud. Pertubuhan ini telah dihijack oleh Dato Seri Najib dan menjad Parti Najib.

 

“Matlamat dan perjuangan parti yang dihijack ini hanyalah untuk Dato Seri Najib, pengekalannya sebagai pemimpin dan mempertahankan dirinya dari sebarang tindakan undang-undang,” katanya sebentar tadi.

 

Menurut Mahathir lagi Najib telah menjadikan rasuah sebagai cara utama untuk mendapatkan sesuatu

 

 

“Saya tidak rela menjadi ahli pertubuhan yang dipimpin oleh seorang yang terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan. Khususnya pemimpin ini sebagai Perdana Menteri memegang kepada kepercayaan ‘Wang Itu Raja’ atau ‘Cash Is King’ yang bermakna menjadikan rasuah (sogokan wang) sebagai cara utama untuk mendapatkan sesuatu dan ia telah merebak keseluruh pertubuhan sehingga dipandang hina oleh masyarakat.

 

“Najib sendiri mengakui mempunyai wang sebanyak RM2.6 juta dalam akaun peribadinya yang dirahsiakan sehingga didedahkan oleh akhbar asing,” ujarnya lagi.

 

Mahathir turut mengatakan tidak akan menyertai sebarang parti lain atau menubuhkan parti baharu sambil menegaskan beliau masih berjiwa Umno.

 

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Nazri sebelum ini mendakwa Tun Mahathir kecewa dan malu apabila Umno bertindak memecat anaknya daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

 

Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi.

 

Setahun selepas itu, beliau kemudiannya menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah meletakkan jawatan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.