Video: Peniaga ‘Bertempur’ Dengan Anggota MPK

Klang – Sekumpulan peniaga yang marah dengan tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) cuba bertindak sendiri bagi menghalang kelengkapan perniagaan mereka dirampas.

 

Salah seorang peniaga Hamid Zainuddin, 41 ketika dihubungi SuaraTV berkata, kekecohan di jalan Kasuarina 1 itu tercetus apabila sekumpulan anak muda yang menjual minuman enggan akur dengan arahan MPK untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

 

 

“Pada saya MPK tidak salah kerana sebelum ini kami telah diberikan peringatan untuk menjalankan perniagaan di kawasan yang telah ditetapkan iaitu di Kasuarina 4, namun sekumpulan anak muda yang berniaga secara ‘sambilan’ (hujung minggu) itu telah bertindak di luar kawalan.

 

“Saya dah meniaga hampir 8 tahun di kawasan ini, tapi sebelum ini pihak MPK langsung tak kacau tapi ada dikalangan peniaga ‘sambilan’ ini telah memecahkan tembok pembahagi jalan bagi membolehkan lori yang mereka gunakan masuk sehingga menyebabkan pemaju Gamuda Land membuat aduan, ” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Hamid yang juga merupakan peniaga cendol dan rojak di kawasan terbabit berkata, ada dikalangan peniaga yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membuka gerai dikawasa yang tidak dibenarkan sehingga menggangu pengunjung dan membawa nyawa orang lain.

 

“Ada yang membuka gerai di tepi dan tengah bulatan jalanraya dan menggangu kenderaan keluar masuk dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

 

“Walaupun barang-barang peniagaan saya turut dirampas oleh MPK tapi secara peribadi saya tidak salahkan mereka kerana saya faham anggota penguatkuasa itu hanya menjalankan tugas setelah menerima aduan daripada pihak pemaju,” katanya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.