Video: ‘Dapat Untung RM300 Bagi Kat Hangpa’

Kuala Lumpur – Seorang penjaja cendol berang dengan tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusian kerana sering menggangu dan menghalau para peniaga kecil-kecilan yang ingin mencari rezeki.

 

Lelaki yang dikenali sebagai Pak Tam Cendol, 63 itu berkata semua keuntungan yang diperolehi terpaksa digunakan untuk membayar denda bagi mengelakkan barangan disita oleh Majlis Perbandaran Klang

 

 

“Cuba kau fikir hari Isnin, Selasa, Rabu (dan) Khamis kami nak makan apa kalau pergi sana (berniaga di kawasan yang ditetapkan) tidak akan ada jalan penyelesaian… langsung tak ada orang.

 

“Bila kami minta untuk berniaga di sana, korang (MPK) kata tak ada parking.. bila berniaga kat sini pada Sabtu dan Ahad senag-senang korang datang rampas… dapat untung 300 ratus lepas tu bagi kat hangpa (bayaran denda)” katanya melalui rakaman klip video yang dimuatnaik di laman Facebook petang semalam.

 

Menurut Pak Tam lagi, mereka hanya mengharapkan budi bicara pihak MPK agar mempertimbangkan permohonan mereka untuk berniaga.

 

“Macam mana kami dan anak bini semua nak makan, kami bukan ada sesiapa… Saya dah umur 63 tahun siapa yang nak bagi kerja.

 

“Kami bukan nak bergaduh cuma nak cari jalan penyelesaian cubalah fikir semua orang nak cari makan” katanya lagi ketika membantah tindakan MPK yang mahu merampas kelengkapan perniagaan mereka.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, majoriti pengguna Facebook menyelar tindakan tersebut yang dikatakan hanya berani bertindak terhadap golongan tertindas yang lemah.

 

“Berani dengan Melayu jer, Cina berniaga bersepah di tepi jalan buat-buat tak nampak. Itu belum lagi premis mesin judi, rumah urut, kedai nombor ekor haram, kedai jual rokok seludup dan sebagainya. Semuanya buat-buat buta kayu jer” ujar Nasir Ramli.

 

“Sebenarnye situasi ini bermula apabila ahli majlis perbandaran brmsyuarat (ahli majlis kebanyakkan daripada DAP dan PKR) dan mencapai kata spakat setelah terima laporan daripada penduduk dan keputusan brat sbelah daripada ahli majlis terhadap peniaga melayu. Seterusnya (mereka) mengeluarkan arahan kepada penguatkuasa untuk menjalankan tugas. Pnguatkuasa hanya menjalankan tugas daripada arahan yang diterima, jadi maafkanlah penguatkuasa. Terjahlah di ppejabat Majlis Perbandaran. Marahlah ahli majlis yang buat kputusan” ujar Mohd Salim pula.

 

Meremang bulu roma dengar kelohan otai (pakcik) Melayu ni, dah berjangkit dari Cina DAP… Jangan sokong juga Melayu yang bersekongkol (dengan) DAP, “kata Mohd Sani Tarkip. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.