Tun Mahathir Ambil Langkah Bijak Berhenti Dari UMNO – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR: Tindakan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk keluar dari UMNO merupakan satu tindakan yang bijak menurut Menteri Penerangan, Salleh Keruak.

 

Katanya lagi , tindakan itu dianggap bijak kerana hubungan dengan parti dan kepimpinan tidak dapat lagi dikekalkan .

 

“Ini merupakan jalan yang terbaik kerana apabila perhubungan dengan parti tidak dapat dikekalkan atau dengan ketua parti dan ia sia-sia.”

 

 

Dakwanya lagi , tindakan provokasi tanpa Tun M terhadap kepimpinan seperti tidak sensitif terhadap ahli parti.

 

” Perlakuan Tun M telah mengguriskan hati ahli parti dan untuk dia kekal di dalam parti adalah tidak masuk akal . Jika Tun M mahu untuk terus menerus menyerang UMNO patut dilakukan di luar UMNO .”

 

 

Sungguhpun pemerintahan pada zaman beliau banyak berjasa, namun wujud kelompangan juga.

 

“Tiada siapa yang boleh menidakkan apa yang telah Dr Mahathir kepada negara selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, walaupun mempunyai cacat cela pada zaman pemerintahan.” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.