Tiada Serangan Harimau Di Dungun – Perhilitan

Kuala Terengganu – Tiada kejadian harimau menyerang manusia di negeri ini, kata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

 

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin yang menafikan berita itu berkata, insiden seperti yang diviralkan di media itu bukan berlaku di negeri ini seperti yang digembar-gemburkan.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita yang tersebar mengenai seekor harimau yang menyerang seorang lelaki di Dungun.

 

“Tiada kejadian harimau menyerang manusia seperti yang diviralkan itu, …kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

 

Video viral berkenaan memuatkan gambar seorang lelaki yang cedera di bahagian belakang badannya selepas diserang binatang buas berkenaan dalam kejadian yang dikatakan di Bukit Besi, Dungun.

 

Bagaimanapun, harimau berkenaan dikatakan berjaya ditembak oleh rakan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.