Portal Rakyat Post Umum, Henti Operasi

Kuala Lumpur – Portal berita The Rakyat Post (TRP) mengumumkan menghentikan operasi mereka bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

 

Dalam kenyataan di laman Facebook portal berita itu, pihak pengurusan mengumumkan penutupan operasi mereka selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangannya hari ini.

 

“Sejak beberapa bulan akan datang, kami akan menjalani penyusunan semula dan akan menyelesaikan isu-isu pembiayaan kami.

 

“Sekali lagi dari semua di bahagian editorial The Rakyat Post, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana bersama kami,” kata kenyataan itu.

 

SuaraTV sebelum ini melaporkan, pihak pengurusan laman web berita itu menghadapi masalah kewangan dan difahamkan kali terakhir pekerja mereka dibayar gaji pada 7 Januari- bagi gaji bulan Disember.

 

Berikutan itu kakitangan mereka telah diminta untuk bercuti bermula 11 Februari sementara meja Mandarin portal itu mula bercuti pada 15 Februari.

 

TRP mula beroperasi pada Oktober 2013 dan menjadi popular dengan laporan berita viral serta menjadi salah satu portal berita yang berkembang dengan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.