Pembaca Berita Separuh Bogel Untuk Tarik Hati Penonton

Akibat berhadapan saingan sengit untuk memenangi hati penonton, sebuah saluran televisyen Albania mengambil pendekatan luar biasa iaitu memberikan ‘maklumat telus’ melalui pembaca berita separuh bogel.

 

Tampil hanya memakai jaket tanpa baju di bahagian dalam, penampilan pembaca berita di kalangan wanita muda memberikan pemandangan yang belum pernah berlaku di Balkan sejak stesen berkenaan mula ke udara di kaca TV dan Internet tahun lepas.

 

Pemilik saluran itu berkata, jumlah penonton sentiasa berkembang sejak itu.

 

“Di Albania, di mana beritanya dimanipulasi oleh kuasa politik, penonton memerlukan satu medium yang akan memberikan maklumat dengan telus seperti ‘telanjang’,” kata pemilik TV Zjarr, Ismet Drishti kepada AFP.

 

“Kami tidak menjual seks, kami menyiarkan semula berita. Ia adalah sebagai simbolik dan kaedah publisiti yang baik,” kata Drishti, yang merancang untuk melancarkan buletin bahasa Perancis dan Inggeris dengan “maklumat kosong” menggunakan konsep yang sama.

 

Bagi penyampai berusia 24 tahun, Greta Hoxhaj, bekerja dalam keadaan hampir telanjang telah terbukti menjadi jalan pintas kepadanya untuk mencapai kegemilangan.

 

“Saya bekerja keras selama lima tahun di televisyen tempatan, namun saya tetap tidak dikenali.

 

“Saya tidak menyesal, dalam tempoh tiga bulan saya menjadi seorang bintang,” kata Hoxhaj.

One thought on “Pembaca Berita Separuh Bogel Untuk Tarik Hati Penonton

  • March 1, 2016 at 9:44 am
    Permalink

    Datok benda tu satu dunia dahbanyak toksah dok buat kerja membazir wang negara

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.