Operasi Padam Bara Api Di Batu Caves Diteruskan

Kuala Lumpur – Operasi memadam kebakaran yang berlaku di bukit batu kapur, Kampung Sri Gombak akan diteruskan lagi hari ini.

 

Penolong Pengarah Bomba Dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata setakat petang semalam, pihaknya masih bertungkus lumus memadam beberapa kawasan yang masih mempunyai bara api.

 

“Tiga kawasan yang dikenal pasti masih mempunyai bara api itu merupakan kawasan yang curam di mana terdapat batang-batang pokok yang masih mempunyai bara api.

 

“Sejak semalam (Sabtu), pihak kami menggunakan kaedah ‘water jet shooter’ bagi membawa air ke atas puncak bukit dengan jumlah air agak terhad,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

 

Mohd Sani berkata seramai 50 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Gombak dan Rawang bertugas memadam dan memantau kawasan berkenaan.

 

Jumaat lepas, kawasan hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves terbakar melibatkan kawasan seluas kira-kira 12 hektar, dipercayai berpunca daripada perbuatan pembakaran sampah secara terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.