India Sumber Kedua Terbesar Komponen Bahan Letupan IS

London – India adalah sumber kedua terbesar komponen yang digunakan militan IS untuk membuat bahan letupan, menurut satu laporan baru-baru ini.

 

Kajian Konflik Persenjataan di London yang menjejaki pembekalan dan penggunaan senjata haram dalam konflik aktif, berkata ia mengkaji sisa bahan letupan ditemui di Syria dan Iraq dan mendapati kebanyakan wayar peledak dan fius keselamatan, yang digunakan IS adalah dari syarikat India.

 

Kata organisasi itu, ia menemui bukti serpihan bahagian dari 51 syarikat dari 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Russia, China, Brazil, Iran, Belgium, Belanda dan Jepun. Turki mendahului senarai sebagai sumber bahagian terbesar.

 

Daripada lebih 700 komponen yang ditemui di medan perang, terdapat bukti ia dibekalkan daripada 13 syarikat Turki dan tujuh syarikat India.

 

Semua komponen dari India dieksport secara sah di bawah lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan dari India ke entiti di Lubnan dan Turki, kata organisasi itu dalam laporan semalam.

 

Sementara itu jurucakap Kementerian Pertahanan India yang dihubungi enggan mengulas lanjut. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.