Ibu campak bayi baru lahir dari tingkat 18

KUALA LUMPUR – Seorang ibu dipercayai mencampak bayi yang baru dilahirkannya awal pagi ini dari tingkat 18, Blok C Flat Danau Kota, Setapak di sini hari ini.

 

Kejadian tersebut disedari penduduk sekitar yang menemukan mayat bayi tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi di atas padang kecil berhampiran blok berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak Balai Polis Setapak.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan telah dilakukan pihaknya sejurus menerima laporan tersebut.

 

“Hasil pemeriksaan pihak kami menahan seorang wanita berusia 39 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi perempuan tersebut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.