Tutup Sahajalah TV AlHijrah: Rugi Berpuluh Juta dan Hilang Hala Tuju

TV AlHijrah merupakan stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia yang dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM). Malangnya sejak kebelakangan ini TV AlHijrah tidak lagi mencerminkan hasrat dan cita-cita penubuhannya.

Pada awal penubuhan TV AlHijrah ini, kerajaan telah melantik Bukhari Che Muda (Allahyarham), dengan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama, menunjukkan pengurusan stesen tv tersebut memahami kehendak dan hala tuju dakwah.

Bukhari terkenal sebagai penerbit beberapa rancangan dakwah popular di Tv3 dan TV9 seperti Jejak Rasul dan al-Kuliyyah. Di TV9 Bukhari mulai menumpukan lebih banyak rancangan dakwah termasuk mempopularkan Akademi Al-Quran, Al-Kuliyyah, Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz dan Halaqah.

Penghijrahan Bukhari ke TV AlHijrah merupakan satu kehilangan besar dunia dakwah di saluran media prima. Sejak itu stesen-stesen media prima hilang sentuhan dakwah, manakala alHijrah meningkatkan popularitinya.

Siaran percuma yang bertemakan “Segalanya Bermula di Sini” itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Pada April 2016, Izelan Basar yang sebelum ini merupakan Pengurus Saluran Astro Oasis, sebuah lagi saluran dakwah, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  yang baru, menggantikan Datuk Seri Wan Alias yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mac. Pada Mei, slogan “Islam is First Class” telah diperkenakan dan juga pelancaran Alhijrah Big Studio di Cyberjaya pada Julai.

Namun nasib stesen TV ini mula berubah apabila berlaku perubahan pucuk kepimpinan negara dan Jakim sendiri. Sebaik Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan mereka turut melakukan rombakan dalam stesen tv ini.

Malangnya perubahan kepimpinan dalam stesen ini turut mengubah cara dan kaedah penerbitan program. Dari sebuah stesen tv dakwah ia sudah kepada stesen tv mengejar rating dan populariti.

Antaranya ialah menerbitkan rancangan “Sila Duduk Jangan Lari” yang menjemput tetamu-tetamu tidak matang membincangkan isu negara. Rancangan ini pada awal November 2018 telah menjemput seseorang yang berhadapan kes salah guna dadah bagi bercakap isu pentadbiran negara. Artis ini membuat pelbagai tuduhan tidak masuk akal yang bertentangan dengan matlamat penyiaran al-Hijrah.

Seorang pemerhati isu semasa tidak segan silu menulis, “anda hanya perlu menonton TV AlHijrah untuk faham bagaimana Pakatan Harapan dan kelompok Islam liberal telah mengkorupkan Islam. Dari sebuah stesen televisyen yang ditubuhkan untuk mengembangkan dakwah Islam ia telah bertukar kepada stesen televisyen yang bergosip dan membuat dakwaan semberono.”

TV AlHijrah bukan sahaja merendah nilai kewartawanan Malaysia, malah memalukan Islam apabila membenarkan tetamunya membuat tuduhan yang tidak dapat disahkan benar ke atas muslim lain.”

Dalam satu episod lain AlHijrah membawa tetamu seorang ahli politik Latifah Koya yang menyelar pihak yang menentang ICERD ketika majoriti umat Islam termasuk dalam kerajaan menentangnya.

Ini bukan pengakhiran kepada liberalist dalam stesen dakwah Islam ini. Beberapa minggu lalu sekali lagi stesen AlHijrah dikritik hebat oleh warganet (netizen) kerana menerbitkan perkataan yang menghina bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

AlHijrah bukan sahaja hilang hala tuju malah kini mengalami kerugian terkumpul beratus juta. Malah khabarnya dalam tempoh 6 bulan terkahir ini stesen tv tersebut kerugian berpuluh juta.

Tidak cukup itu pelantikan CEO juga menimbulkan tanda tanya kerana tiada latar belakang yang jelas dalam penerbitan rancangan dakwah.

Kontroversi juga melanda  pelantikan Datuk Hussamuddin Yaacub sebagai Pengerusi kerana beliau merupakan pemilik pengerusi dan pemilik karangkraf sebuah syarikat penerbitan juga.

Ini menimbulkan konflik kepentingan antara memimpin stesen tv kerajaan dan dalam masa yang sama masih menguruskan syarikat media milik sendiri.

Kontroversi, kerugian dan kepimpinan yang lemah TV Alhijrah ini menimbulkan persoalan tepenting – Adakah berbaloi untuk kerajaan atau lebih tepat JAKIM terus membiayai operasi stesen TV yang berterusan mengalami kerugian dan telah hilang semangat dakwah sebenar?

Oleh kerana stesen ini sentiasa rugi, elok AlHijrah ditutup dan wang pengurusan stesen tv ini digunakan untuk membiayai program dakwah di saluran TV3, RTM, TV9 dan Astro Oasis.

Ini akan memberi nilai tambah yang lebih besar berbanding memperuntukkan ratusan juta kepada stesen TV yang akhirnya hilang hala tuju.

Sumber kewangan yang sebelum ini membiayai pengurusan TV AlHijrah juga boleh disalurkan kepada pengamal media sosial  FB PAGE Fakir Ilmu yang begitu giat berdakwah termasuk menerbitkan klip video dakwah berserta sarikata.

Jika kerajaan mahu menguruskan sumber dengan baik tanpa mempedulikan pelantikan-pelantikan kenang jasa politik, maka penutupan TV Alhijrah merupakan permulaan yang baik.

Konsep ‘rahmatan lil alamin’ bukanlah bermakna kerajaan harus memberi rahmat kepada kroni-kroni menjawat jawatan penting yang membazir sumber wang kerajaan.

 

 

 

One thought on “Tutup Sahajalah TV AlHijrah: Rugi Berpuluh Juta dan Hilang Hala Tuju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.