Wan Azizah Bakal Bertukar Kawasan Ke Parlimen Bandar Tun Razak?

Spekulasi telah bertiup kencang bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail akan berpindah kawasan Parlimen pada pilihan raya umum (pru) ke-14 nanti. Beliau dikatakan akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, yang ketika ini disandangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim .

Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat dari PKR. Sebelum ini terdapat banyak rungutan daripada penduduk di Parlimen Permatang Pauh bahawa Wan Azizah jarang menjenguk penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut laporan portal Suara Pakatan Harapan, tempat Wan Azizah di kerusi Parlimen Permatang Pauh pula akan diambil alih oleh anaknya, Nurul Nuha Anwar.

Nurul Nuha dijangka menjadi `caretaker’ untuk kerusi tersebut sehingga ayahnya, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan mendapat pengampunan Diraja untuk bertanding semula.

Manakala seorang lagi anak mereka, Nurul Izzah Anwar dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pada 8 Jun ini selepas selesai menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.