Video: Banjir Landa Perancis

PARIS – Hampir 1,500 orang dipindahkan dari kediaman mereka di sebuah wilayah, di sini, berikutan kenaikan paras air Sungai Seine.

Menurut Reuters petik BH, Ketua Polis Paris, Michel Delpuech, berkata mereka dipindahkan dari kediaman mereka di rantau Ile de France merangkumi ibu kota Perancis dan kawasan sekitarnya.

Sungai Seine dijangka terus meningkat lewat hari ini atau awal esok menghampiri paras sama yang menyebabkan banjir pada 2016, kata pihak berkuasa.

Limpahan air kini menenggelamkan laluan pejalan kaki tepi sungai di Paris, memaksa muzium Louvre menutup ruang pameran Seni Islam yang sedang berlangsung di aras bawah tanah.

Pada 1910, Paris mengalami kemusnahan teruk selepas paras Sungai Seine naik mendadak mencecah sehingga 8.65 meter. Bagaimanapun, tiada kematian dicatatkan di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.