Teori Merepek Pembangkang, Najib Masih PM Dan Ringgit Mengukuh

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa nilai mata wang negara akan kembali pulih sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan itu dibuat oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada Oktober 2015.

Kini pada 2018, terbukti apa yang diperkatakan oleh Mahathir itu adalah merepek dan tidak benar sama sekali. Buktinya, nilai ringgit Malaysia semakin kukuh dan pagi tadi, nilai ringgit pada pembukaan adalah RM3.87 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pengukuhan nilai ringgit itu didorong jangkaan positif ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketika ringgit semakin mengukuh, Najib masih menjadi Perdana Menteri.

Melihat kepada apa yang berlaku, iaitu selepas tiga tahun teori merepek ini dikemukakan oleh Mahathir, ternyata apa yang diperkatakannya itu tidak benar sama sekali.

Malah prestasi itu dicapai hasil daripada pelbagai dasar dan program transformasi untuk mengukuhkan kewangan kerajaan, meningkatkan pendapatan rakyat serta mengubah struktur ekonomi lama yang tidak lagi sesuai dengan keadaaan semasa, termasuk dasar-dasar berat sebelah yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu.

Bukan itu sahaja, pasukan penyelidikan Business Monitor International (BMI) pada September tahun lepas telah menjangka ringgit terus mengukuh berban­ding dolar dalam tempoh 24 bulan akan datang yang antara lain turut disumbangkan hasil kestabilan politik negara di bawah pentadbiran Najib.

BMI yang merupakan pertubuhan milik agensi penarafan dunia Fitch Group, mengekalkan gambaran positif terhadap kedudukan kewangan kerajaan, dengan anggapan bahawa risiko kredit Malaysia untuk muflis amat rendah memandangkan situasi politik negara yang semakin stabil di bawah pentabiran Najib yang kini bersedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bagaimanapun apa yang berlaku sebenarnya ialah tindakan PH sendiri yang memburukkan negara hingga menjejaskan nama negara di mata asing. Tindakan mereka yang cuba mensabotaj imej dengan dengan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion tidak berjaya.

Disebabkan kegagalan itu, maka Mahathir bersama pemimpin PH yang lain telah mengadakan pertemuan dengan duta asing Kesatuan Eropah (EU) pada 25 Januari lalu.

Tujuan pertemuan itu adalah meminta bantuan daripada duta asing berkenaan untuk menekan Najib supaya melaksanakan sistem pilihan raya yang adil. Ternyata PH sudah kehabisan bahan untuk menyerang sehingga akhirnya terpaksa meminta bantuan asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.