Pengakuan Dewi Soekarno: Pernah Dilamar 2 Juta Orang Kaya Amerika Sebelum Akhirnya Berkahwin Dengan Soekarno

TOKYO – Ratna Sari Dewi Soekarno  @ Naoko Nemoto yang kini berusia 78 tahun, mengaku dirinya pernah dilamar dua juta orang kaya dari Amerika Syarikat (AS) sebelum akhirnya dilamar Presiden Soekarno.

Pengakuan tersebut disampaikan Dewi Soekarno dalam tulisannya di Joseishi, minggu lalu.

“Kerana kamu para lelaki yang mahu berkahwin dengan saya maka kamulah yang punya inisiatif! Seorang lelaki pasti akan melakukan segala-galanya buat wanita yang dia mahukan,” tulis Dewi.

Selain itu Dewi juga mengatakan, kalau lelaki benar-benar melakukan inisiatif cinta kepada wanitanya, maka dia harus menjaga cinta itu dengan baik dan pada akhirnya dia akan merasakan cinta tersebut ketika berkahwin.

“Apabila tidak boleh menjaga cintanya di kedudukan teratas, tidak boleh membezakan antara romance dan cinta, maka dia tidak akan bahagia kalau berkahwin. Saya tidak pernah alaminya kerana selalu berhati-hati melihat lelaki,” kata Dewi.

Oleh kerana itu ketika Dewi dilamar Presiden Soekarno hal sama dilakukannya dengan hati-hati.

“Saya dipilih dan berkahwin dengan Presiden Soekarno dari Indonesia. Sebelum ini saya menerima lamaran daripada dua juta orang Amerika yang kaya raya dan satu juta orang Filipina yang kaya raya,” katanya.

Dewi juga menambahkan bahawa semua lamaran itu diselidik dengan baik dan dilihat dengan sangat berhati-hati.

“Oleh kerana saya dilahirkan sebagai wanita yang sangat hati-hati, kehidupan memerlukan lelaki yang menyenangkan, agar hidup bersama boleh menyenangkan. Tidakkah anda berfikir sama?” Dia bertanya.

Penulisan Dewi ditujukan kepada lelaki Jepun untuk tidak teragak-agak  memilih wanita tetapi mesti dengan cinta apabila memilih dengan serius, dan tidak bermain-main.

“Yang paling penting dalam perkahwinan adalah, ingat baik-baik ya, jadilah wanita yang dipilih oleh lelaki dan lelaki harus berani melamar wanita dengan cinta, maka kamu akan hidup berdua dengan bahagia,” tulis Dewi.

Menurut tulisannya, Dewi ke Indonesia ketika berusia 19 tahun dan ketika berusia 22 tahun berkahwin secara rasmi dengan Presiden Soekarno.

“Setelah Presiden Soekarno meninggal dunia, saya menetap  di Paris dengan persekitaran orang kaya raya dan sering digelar Mutiara dari Asia,” katanya

Dewi melakukan pelbagai kerja termasuk sebagai  tutor, pengulas, selebriti, pelbagai program TV dan sebahagiannya di seluruh dunia, bukan hanya di Jepun sahaja.

Anak perempuannya, Karina sudah berkahwin dan sudah memiliki anak dan kini Dewi menjadi nenek bagi cucu-cucunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.