Pendaki Diselamatkan Dari ‘Gunung Pembunuh’

ISLAMABAD – Seorang pendaki Perancis, Elisabeth Revol terselamat daripada ‘Gunung Pembunuh’ di Pakistan.

Bagaimana pun, pencarian terhadap temannya, pendaki dari Poland Tomasz Mackiewicz terpaksa dihentikan.

Kedua-dua pasangan itu mendaki Gunung Nanga Parbat atau dikenali ‘Gunung Pembunuh’ dan terkandas pada paras ketinggian 7,400 meter pada Jumaat.

Pasukan penyelamat elit dari Poland yang berada di kawasan berdekatan bergegas memberi bantuan dan menemukan Revol yang masih hidup.

Sebelum diselamatkan Revol dan Mackiewicz terpisah daripada pasukan mereka yang kesemuanya enam orang.

Empat lagi rakan pasukan berada di ‘kem pangkalan’.

Selepas itu Revol pula terpisah dengan Mackiewicz selepas diselubungi keadaan cuaca dan salji tebal.

Gunung Nanga Parbat dianggap berbahaya selepas 30 pendaki maut apabila cuba menakluki gunung ini sebelum ia berjaya didaki buat kali pertama pada tahun 1953.

Tahun lalu, pendaki dari Sepanyol dan Argentina dianggap mati selepas gagal ditemui di puncak.
– AFP/SU/fa/mediacorp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.