Pakatan mencalonkan Dr M kerana pemain utama ‘tercedera’ – Saifuddin

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 28 Januari 2018

Pakatan Harapan gagal untuk memenangi hati rakyat Kuantan apabila ceramah yang diadakan di sini semalam tidak mendapat sambutan yang baik oleh orang awam.

Ketua sekretariatnya, Dato’ Saifuddin Abdullah mengakui bahawa pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan sebilangan besar penyokong kerana Pakatan menggunakan calon yang dikitar semula.

“Kami seperti pasukan bola sepak yang telah berlatih selama bertahun-tahun, tetapi apabila kami mahu menyertai perlawanan, bintang harapan kami tercedera atau kami perlu bermain dalam keadaan padang yang teruk atau dalam cuaca hujan.

“Ramai yang mahu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), termasuk saya. Sekiranya Anwar boleh mendapatkan pengampunan diraja dan dibebaskan esok dan boleh bertanding dalam pilihan raya, tentunya kami akan mencalonkannya,” katanya dihadapan kira-kira 300 orang yang hadir di ceramah pembangkang itu di sini malam tadi yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok , Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan pemimpin pembangkang yang lain.

Saifuddin berkata pemilihan Dr Mahathir juga disokong oleh kajian yang mendapati ada tiga tokoh kebangsaan Melayu yang boleh menarik perhatian golongan muda, iaitu ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Dr Mahathir dan Anwar.

Ini membawa kepada gabungan Mahathir-Anwar sebagai gabungan pembangkang yang ideal, katanya.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/pakatan-fielding-dr-m-since-star-player-injured-saifuddin-says/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.