Pakai Skirt Mini, Fros ‘Mamah’ Paha

KAZAKHSTAN – Seorang pelajar universiti tempatan negara itu dikejarkan ke hospital selepas terkena gigitan fros di kedua-dua pahanya.

Menurut media antarabangsa, ia berpunca daripada tindakan gadis terbabit yang keluar bersiar-siar mengenakan skirt mini pada suhu mencecah 40 darjah Celsius bawah paras beku.

Difahamkan, pelajar itu hanya menyarungkan sepasang seluar ketat bersama skirt mini itu bagi melindunginya daripada kesan cuaca sejuk ekstrem.

Bagaimanapun ia tidak mampu melindungi kakinya daripada kesan gigitan fros, sehingga menyebabkan kedua-dua belah pahanya menjadi kemerahan.

Jurucakap hospital mengesahkan wanita itu mengalami gigitan fros tahap dua.

Dia dibenarkan pulang, bagaimanapun perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.