Mukhriz Malu Jadi Rakyat Malaysia atau Malu Jadi ‘Boboi’ Mahathir?

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahahtir mengakui dirinya berasa malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila melancong ke luar negara.

“Waktu pi (pergi) luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.

“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya dalam progam Sarapan Pagi di Kampung Jernang, Baling, Kedah.

Perasaan Mukhriz ada wajarnya, tambahan pula beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dicalonkan semula menggalas tugas tersebut pada usia 93 tahun.

Utusan Malaysia melaporkan, Mukhriz mungkin berasa malu kerana tiada negara-negara lain didunia melantik semula Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan.

Tambahan lagi, Mukhriz juga berasa malu kerana tiada ahli politik seperti bapanya yang sanggup mengorbankan bangsanya semata-mata dendam politik melihat ‘boboi’ kesayangan tidak mendapat sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika masih didalam UMNO dahulu.

Oleh sebab itu, bapa Mukhriz marah akan Najib dan mempolitikkan 1MDB untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan.

Najib dalam pada itu membidas kepada mana-mana individu yang tidak berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Janganlah kita katakan tak bangga jadi rakyat Malaysia, kalau tak bangga, orang Kedah cakap, pi lah (pergilah), pi jauh-jauh lah,” katanya dipercayai merujuk kepada kenyataan Mukhriz.

“Tak payah (tinggal) di sini keluarga dia dah kaya, abang dia ada kereta mewah 23 buah, tersenarai orang terkaya di Malaysia. Nak apa lagi. Dapat kontrak Pertronas berbilion,” tegas Najib.

Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa rakyat untuk menilai kenyataan oleh Mukhriz samaada individu berkenaan wajar untuk diangkat sebagai pemimpin negara ataupun tidak.

“Mungkin dia dakwa kenyataannya disalah petik, namun bagi saya kenyataan kononnya malu dengan dengan imej dan kepimpinan negara adalah perkara memalukan,” kata Khairy. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.