Mengharukan! Meski Cuaca Sejuk Dan Hujan Salji, Lelaki Ini Rela Jalan Kaki Sejauh 40 Km demi Isteri

Menjadi seorang suami, bererti harus bersedia memberi nafkah zahir  dan batin pada si isteri.

Demi kebahagiaan juga , suami sanggup bekerja apa sahaja.

Walaupun perlu menempuh jarak jauh, suami terpaksa bersedia berpisah untuk seketika.

Semua yang dilakukan demi memenuhi keperluan keluarga dan membahagiakan isteri.

Walaupun hasilnya hanya mencukupi untuk keperluan seharian, pengorbanan suami adalah wajib dan patut dihargai.

Zhao memutuskan untuk mencari pekerjaan di Shanghai demi mencukupi kebutuhan keluarganya.

Seorang lelaki yang berasal dari China ini  menunjukkan tanggungjawabnya sebagai suami.

Bukan sahaja bersedia untuk bekerja jauh dari keluarga, tetapi apa yang dilakukan demi isteri dijamin membuat kita menjadi terharu.

Dilaporkan Tribunnews dari Shanghaiist,, Zhao Fangzi (60) adalah pekerja asing yang berasal dari Henan, China.

Dia memutuskan untuk mencari pekerjaan di Shanghai kerana dia perlu menyara keluarganya.

Pada hari Jumaat lalu, Zhao kembali ke kampung halamannya untuk merayakan Tahun Baru Cina .

Dari Shanghai, dia naik kereta api ke stesen keretapi Luoyang di kawasannya.

Untuk pergi ke rumahnya, Zhao masih perlu menaiki teksi.

Daripada mengeluarkan wang  untuk menaiki teksi, Zhao lebih memilih berjalan kaki sejauh 40 kilometer menuju kerumahnya.

Kos teksi RM122.42  Zhao simpan untuk membeli  pakaian baru untuk isterinya.

Zhao ingin memberi hadiah kepada isterinya bagi merayakan Tahun Baru Cina.

Kepulangan Zhao bukan hanya untuk menyambut liburan Tahun Baru Cina atau Imlek, ia juga memutuskan untuk pensiun dan kembali ke kampung halamannya.

 

“Wang tidak mudah didapat. Saya mendapat kira-kira RM1224 sebulan. Jika saya tidak ikat perut, saya tidak boleh memberi hadiah untuk keluarga,” ujar Zhao.

Kepulangannya kali ini ke Henan bukan hanya untuk menghabiskan masa cuti Tahun Baru Cina, Zhao memutuskan untuk bersara.

Usia Zhao yang semakin tua membuatnya kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan.

Dalam perjalanan menuju rumah, Zhao membawa semua barang miliknya, termasuk kipas angin elektrik dan selimut.

Walaupun jalan-jalan dipenuhi salji dan cuaca sejuk, Zhao tidak kelihatan letih sama sekali.

“Ini tidak terlalu sejuk. Semakin jauh saya berjalan, semakin hangat rasanya,” tutup Zhao.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.