Elak Kucing, Polis Bantuan Maut Dirempuh

Niat mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas jalan namun tidak kesampaian apabila dia sendiri yang terkorban.

Motosikal yang dinaiki Ros Shaaari Abdullah, 33, bagaimanapun tergelincir dari tunggangannya sebelum dilanggar sebuah kereta kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Mangsa yang juga merupakan anggota polis bantuan di Universiti Teknologi Mara (Uitm) kampus Dungun, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kemalangan yang berlaku di laluan lurus jalan Balai Besar Dungun , Terengganu itu dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah di Kampung Gong Pasir ke tempat kerja.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dikatakan terjatuh selepas cuba mengelak seekor kucing yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta jenis Nissan Almera di belakang mangsa gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

Kereta terbabit dipandu pembantu farmasi, Nur Hayati Sakinah Che Mazelan, 33 tahun, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya,

Sepasukan pegawai kesihatan yang tiba mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah telah mengesahkan mengenai kejadian itu dan katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.