Dron Dari Kotak Ayam

Selepas tampil dengan beberapa peranti unik sebelum ini, Kentucky Fried Chicken (KFC), melancarkan KFO (Kentucky Flying Object) yang merupakan dron yang dibina dari kotak ayam.

Dron tersebut dihasilkan sempena mempromosikan hidangan Smoky Grilled Wings di India.

Dengan pembelian Smokey Grilled Wings di restoran terpilih, pelanggan boleh membina sebuah KFO dari komponen yang terbina pada kotak. Dron quad-rotor ini boleh ditambat secara bluetooth kepada peranti pinta untuk dikawal, petik Sinar

Sebelum ini KFC pernah melancarkan Gamer Box 2.0 yang mengubah kotak menjadi konsol mudah alih dan kerangka untuk iPhone di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.