Disyaki Sebagai Saksi Utama Pembunuhan, Seorang Nenek Ditembak 3 Lelaki

Sebuah video mengerikan menunjukkan pembunuhan kejam yang terjadi pada Rabu yang lalu.

Video tersebut memperlihatkan dua warga emas sedang berehat di depan rumah mereka di daerah Meerut, Uttar Pradesh, India.

Nenek yang menjadi mangsa itu bernama Nichettar Kaur.

Ketika sedang berehat, 3 orang lelaki dilihat menghampirinya

Dilaporkan dari wartawan The Logical Indian, lelaki tersebut tiba-tiba menembak Kaur dengan pistol.

Tembakan itu terkena tepat ke kepala nenek itu.

Penjenayah melepaskan 10 peluru yang akhirnya bersarang di tubuh Kaur hingga dia meninggal di tempat kejadian. Sedangkan seorang lagi nenek lari ketakutan.

Sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, tiga lelaki itu juga menembak seorang lelaki berusia 60 tahun.

Ketua Pengarah Polis Anand Kumar, Uttar Pradesh, Anand Kumar, mengatakan bahawa polis telah menangkap suspek.

Motif pembunuhan adalah kerana Kaur merupakan saksi utama kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2016 lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.