Azmin Akui PH Gagal Sepakat Pembahagian Kerusi

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui Pakatan Harapan di Selangor masih belum mencapai kesepakatan berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengakuan itu sekaligus mengesahkan wujudnya kemelut dalaman antara DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung isu tersebut yang sehingga kini gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, walaupun berada dalam situasi tersebut, mereka bersedia sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan dalam masa terdekat.

“Secara prinsipnya kita telah mempunyai senarai akhir nama calon-calon yang akan bertanding walaupun ia masih belum dapat dimuktamadkan.

“Namun, sekiranya pilihan raya dijangka April, kita bersedia dengan calon dan kerusi yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, pengagihan kerusi DUN bagi Pakatan Harapan itu perlu ditetapkan pada tarikh akhir ditetapkan iaitu 31 Januari ini, namun sehingga kini tidak dapat diputuskan lagi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.