Aiman Masih Macam Dulu Ok

PENYANYI Aiman Tino menafikan dakwaan dirinya sudah mula menunjukkan perangai besar kepala selepas namanya dikenali ramai.

Aiman ditemui berkata, dia sudah lali dan enggan membesarkan isu remeh seperti itu kerana tidak benar malah enggan melayan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasinya.

“Lumrah manusia ada yang suka dan sebaliknya. Ini bukanlah kali pertama cerita-cerita yang tidak enak didengar dilontarkan kepada saya.

“Bagi saya, jika apa dikatakan itu benar, pasti ada datang bersemuka dan berbincang secara peribadi. Bagaimanapun, tidak ada pun berbuat demikian,” katanya.

Menurut Aiman, dia masih sama sejak awal pembabitan dan berharap mana-mana individu datang berjumpa dengannya jika dia ada berbuat salah dan menyakiti mereka.

“Saya masih sama tidak pernah berubah. Lagipun perangai negatif ini tidak akan membawa saya ke mana mana pun.

“Bagi saya kalau ada yang tidak puas hati atau anggap saya poyo dan besar kepala lebih baik jumpa saya secara berdepan. Barulah tahu saya seorang yang ‘gila-gila’,” katanya.

Terdahulu timbul gosip mengatakan Aiman semakin besar kepala dan tidak berdisiplin selepas perjalanan kariernya memuncak apabila lagu nyanyiannya Ku Rela Dibenci mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai lagu paling banyak ditonton di laman YouTube.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.