5 Nama Makanan Seram

Jakarta – Ternyata syaitan bukan hanya membuat kita meremang bulu roma. Namun beberapa’setan’ dapat mengenyangkan.

Menurut blog tempatan di wilayah Indonesia, banyak cara yang dilakukan pengusaha makanan demi menarik perhatian pencinta makanan.

Mulai dari menghias makanan dengan hiasan menarik dan keenakkan makanan serta label nama juga menjadi taruhan.

Uniknya, nama setan itu turut digunakan agar dapat menarik perhatian masyarakat di negara itu.

Nama makanan berbunyi misteri ini tidak dinafikan dapat meraih perhatian rakyat di negara seberang itu.

Apa makanan yang popular menggunakan nama setan? Berikut 5 makanan yang memakai nama setan.

1. Mee setan

Mendengar namanya sahaja pasti membuatkan wajah menjadi pucat lesi. Mee setan adalah olahan mee yang dibuat dengan rasa yang sangat pedas. Ternyata ia menjadi hidangan yang laris walau dimanapun.

2. Ceker setan (kaki ayam)

Yang mengenakan nama setan-setan ternyata bukan cuma mee sahaja namun juga digunakan untuk ceker (kaki ayam). Konsep yang digunakan untuk ceker ini sama dengan mee iaitu rasanya yang sangat pedas.

3. Es pocong (Ais)

Jangan membayangkan bagaimana pocong boleh masuk dalam gelas minuman Anda.

Es (ais) pocong ini tak berbeza jauh dengan ais campur lainnya (ABC air batu campur). Ais batu halus itu kemudian diletakkan susu manis dan sirup warna merah. Rasanya manis dan segar dan yang pasti tidak ada pocongnya.

4. Rawon setan (sup daging berkuah hitam)

kali ini berlaku pada makanan tradisional, iaitu rawon. Hidangan berbahan daging lembu dengan kuah hitam pekat ini disebut rawon setan bukan karena rasanya yang pedas tapi karena sejarahnya.

5. Es kuburan (Ais)

Es kuburan ini memang memiliki nama seram kerana dicipta seperti kubur. Isi dari ais ini adalah roti yang diletakkan ais krim dan taburan coklat moise atau biskut oreo yang kelihatan seperti tanah.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.